Thursday, January 10, 2008

PERSIB

PERSIB adalah singkatan dari perkataan "Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei Darussalam". PERSIB telah berdaftar sebagai sebuah persekutuan yang sah di Negara Brunei Darussalam pada 31hb. Disember 1986 dengan bilangan pendaftaran BPD/816.

PERSIB juga berperanan sebagai induk kepada cawangan-cawangan PERSIB yang terdapat di Negara Brunei Darussalam seperti :-

1. PERSIB cawangan Daerah Brunei dan Muara

2. PERSIB cawangan Daerah Belait

3. PERSIB cawangan Daerah Tutung

4. PERSIB cawangan Daerah Temburung

Tujuan Utama PERSIB di tubuhkan adalah :-

1. Menyatupadukan dan mengeratkan hubungan semua badan silat di Negara Brunei Darussalam

2. Bertindak sebagai badan yang memperjuangkan silat, perunding, penyelaras dan penasihat dalam hal ehwal persilatan.

3. Memelihara, mempertahankan dan mengembangkan silat sebagai salah satu seni budaya warisan orang-orang Brunei bagi mengekalkan keperibadian yang tinggi dalam membentuk jasmani yang kuat dan jiwa satria yang berbudi luhur.

4. Meningkat, maju, membangun dan mengembangkan silat diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Yang Di Pertua PERSIB pada masa sekarang ialah Pengiran Jaya Indera Pg Hj Mokhtar Puteh bin Pengiran Hj Rajid.

No comments: